Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

PEMINAT MISTERI...

            Pernah terlibat dengan "Peminat Misteri"??? Samada di zaman persekolahan ataupun di zaman pekerjaan.... ia adalah satu naluri untuk meminati seseorang tanpa disedari oleh tuan empunya badan.             Kebiasaannya tidak sehingga mengganggu kehidupan peribadi seseorang, jika sehingga ke tahap mengganggu keperibadian seseorang, peminat tersebut bukan lagi peminat misteri tetapi boleh dianggap seorang yang psiko.            Orang yang meminati akan menghantar bunga, kad atau apa2 barangan hadiah sempena hari bermakna di dalam hidup orang yang diminatinya. Orang yang diminati tertanya2 siapakah orang itu...                   Hahahahahaha seronok kan????  tetapi adakah keadaan ini wajar? Kenapa ia berlaku ?

PERASMIAN UTC DI KEDAH

                   Rasa bertuahnya dapat tangkap gambar PM Malaysia, walaupaun terpaksa berdiri atas kerusi dan menuggu dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang... ianya berbaloi-baloi.....                     Tapi sayang gambar MB Kedah tak sempat nak tangkap plak, dah nak terjatuh dari kerusi.... Sebenar-benarnya pun gambar PM saya agak-agak tekan ja sampai banyak keping nasib baik ada sekeping yang dapat gambar PM kalau tak frust giler....                         Inilah keluarga Unit Hasil yang pergi ke Perasmian UTC Kedah...... Comel kan kami.....

HARI RAYA AIDIL FITRI BERSAMA GULAI TELUR ITIK.............

Assalamualaikum... Pernah makan gulai telur itik??? sedap tau................ pada raya ketiga hari tu, kekawan Pejabat Tanah Kulim telah datang beraya ke rumah so dalam tak bersedia... lauk pauk pun tiada... maklumlah hujan dan ribut berlaku... nasib emak dan ayah Kak Ct menternak itik telur... jadinya berayalah kami semua dengan makan gulai telur itik... Anyway... SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

Revolusi Rawatan Resdung...

Assalamualaikum semua... RESDUNG   adalah sesuatu yang sinonim dengan kita, adakah resdung dapat dihentikan ??? saya sendiri pun tak pasti, tapi banyak penyakit yang terhasil dari resdung, antaranya : saya tertanya-tanya adakah penyakit resdung  dapat diubati 100% ??? Kak Ct nak kongsi di sini sebenarnya peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat, ada seorang rakan kepada suami Kak Ct  ada menawarkan kepada sesiapa yang berminat nak turut serta dengannya untuk Revolusi Rawatan Resdung. Kawan suami caj RM30.00 untuk bahan-bahan semasa tunjuk ajar tersebut. Kak ct pun berminat juga, boleh buat sambilan dirumah lepas balik dari kerja atau masa cuti. RM30.00... rasanya tak mahal berbanding apa yang Kak Ct nak dapat... anda bagaimana ???

MENCARI WANG LEBIH

Assalamualaikum semua... pernah tak kekawan terlibat dengan kerja sambilan di rumah??? di janjikan wang tanpa perlu mejual??? ada tak yang berjaya??? saya pernah beberapa kali terlibat dengan kerja dirumah tetapi sedikit hampa, mungkin saya yang tidak bijak memilih atau saya tidak mengikut arahan, saya tak pasti. apapun bagi saya yang terbaik adalah dengan menjual kuih-muih di kedai atau lain-lain jenis kerja sambilan yang kita pasti dan yakin. duit oh duit... kalau ada kekawan yang ada pengalaman dengan kerja sambilan di rumah dan telah berjaya sila beri tunjuk ajar yea.....